Sabtu, 5 Februari 2011

cerita hati & perasaan

Assalammualaikum...entahlah...tak tau nak bercerita kt mn...aku rs baik aku catatkan kat blog aku ni yg aku dh anggap sebagai diari mayaku...emmmm..bercerita tentang topik hati & perasaan ni memang sesuatu yg sukar utuk di mengerti...hanya orang yg terlibat sahaja memahami perasaan yg dihadapi...kdg2 sesetengahnya boleh mengalami kemurungan akibat cerita tentang hati & perasaan ini...

Sekarang baru aku faham apa yg telah rakan2 aku lalui suatu ketika dahulu..dan yg lebih teruk lagi ada seorang kwn yg mengalami tahap kemurungan yg sgt teruk dan ada yg jatuh sakit sampai berminggu2..ntahlah...tak dapat nak faham...sekarang ni pun aku sendiri tak faham perasaan aku sendiri...Ya ku akui aku memang sayangkan dia..tapi aku sendiri tidak memahami sayang yg bagaimanakah aku pada dia...cuma aku rs sunyi dan rindu bila dia tidak menghubungi aku dalam ms sehari...lagipun kami memang dah berkawan lama..aku takut perasaan aku ni cuma hanya sebagai seorang teman biasa...aku dh mengenali dia terlalu lama...

Dan satu hal yg aku tak suka tentang dia ialah dia langsung tidak mahu membicarakan tentang hati & perasaan ni secara terbuka...bagi dia kami dh berkawan terlalu lama dan tidak perlukan kata2 romantik seperti mana org lain yg d lamun cinta..tapi aku perlukan semua tu untuk menguatkan perasaan aku ni..coz kdg2 aku rs seolah2 aku bukan bercinta dgn dia...dlm ms yg sama kami masih meggunakan nama panggilan biasa...yg beza hanya status kami sebagai pasangan kekasih dan tidak ada sesiapa pun yg tahu tentang perhubungan kami berdua...sgt menjerukkan perasaan aku...jumpa pulak sekali sekala sahaja dan dalam ms setahun boleh dikira dgn jari berapa kali kami berjumpa...

Ntahlah...walaupun aku tahu bercinta sebelum nikah adalah tidak elok (tidak berani menetapkan tentang hukum halal haram...heheh)...tapi aku terima juga huluran kasih dia..dan satu yg aku terkejut ialah aku dan dia sudah terlalu lama berkawan...dan aku tidak menyangka bahawa dia dalam dia menyimpan perasaan terhadap aku...pada mulanya aku menerima...dlm tempoh seminggu sahaja hubungan kami bertahan sebab aku tidak pernah bercinta dengan sesiapa pun sebelum ni..maka aku minta putus dengan dia sebab aku rs tertekan dengan perasaan aku sendiri...ms ni adalah kali pertama aku merasa perasaan suka dan cintakan seseorang..seksanya..tiap masa aku terbayangkan wajah dia sampai nak buat kerja pun aku tidak mampu kerana rindukan dia..

Setelah aku minta putus aku fikir perasaan aku akan lega...tetapi sebaliknya pula berlaku...aku terus jatuh sakit sepanjang 3 minggu cuti sekolah...dlm ms 3 minggu itu aku berusaha memujuk dia untuk menerima aku kembali...alhamdulillah aku kembali di terima olehnya...dan pada ms ini aku telah tetapkan bahawa aku tidak akan meminta putus lagi dari dia...ya sehinggalah ke hari ini saat tulisan ini di tulis hubungan aku dengan dia berjalan dgn lancar cuma berbeza dgn org lain kami tiada di selitkan kata2 rindu dan cinta...hanya biasa2 sahaja...

Sekarang ni plak hati aku makin tawar dengan dia...ntahlah...aku sendiri yg beria2 memujuk supaya aku diterima kembali tapi sekarang perasaan aku sendiri yg makin tawar..memang susah nak faham cerita hati dan perasaan ni...

Buat ms sekarang ni aku dh tetapkan dlm hati aku agar tidak terlalu memikirkan perkara itu lg(wlupun kdg2 benda tersebut hadir dgn sendiri)...aku ingin tumpukan untuk membina kehidupan yg lebih baik terutama sekali untuk kami sekeluarga..mudah-mudahan aku berjaya mengatasi masalah ini dgn baik...buat sidia..yg aku tahu aku memang cintakan mu sepenuh hatiku..tp aku tidak mahu mengharapkan apa2....mudah2an Allah pertemukan jodoh kita...dan permudahkan segala urusan kita...amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan