Jumaat, 11 Mei 2012

Salam tahun 2012...sudah lama tidak mencoretkan sepatah dua kata dalam blog ku yg makin sunyi ni...ermmm..taun 2012 yg tidak begitu mencatatkan kenangan manis utk aku dan keluarga ku...kehidupan dari awal tahun yang di habiskan untuk merawat penyakit arwah kakak yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 3 may 2012..sesungguhnya amat perit sekali bila kehilangan orang2 yang disayang, namun kami sekeluarga meredhakan pemergian beliau ke alam seterusnya...mudah-mudahan almarhum kakak bersemadi dengan tenang..ya Allah ampunkan dosa kakakku & ringankan seksaannya...sesungguhnya kami sekeluarga masih lagi terasa kehadiran almarhum kakak...satu2nya kakak ku yang paling aktif dan banyak berjasa kepada kami sekeluarga terutamanya kepada aku dan adikku..moga kakak bersemadi dengan tenang..Al-Fatihah..

Jumaat, 18 Mac 2011

hati terluka lagi...

Aku sendiri yang buat keputusan...maka aku sendiri yang rasa sakit...ntahlah..apa yg aku nak sebenarnye dari hubungan ini...aku rasa aku langsung tak konfiden dgn diri aku sendiri..biarlah...kali ini aku akan kuatkan semangat aku menempuh dugaan...kalau betul dia memang cintakan aku...dia akan cari aku...tengoklah..aku akan delete semua yang berkenaan dengan dia...bagi dia aku ni tak penting...

sekurang-kurangnya bila aku hantar mesej pg td, balaslh...tanya kenapa tak nak ikut...mentang2 ade kwn2 dgn dia...tu la yg aku fikirkan selama ini, dia hanya perlukan aku bila dia tak de kwn2 dgn dia...ntahlh...pergi jahanamlh dgn awak...memang betul awak langsung tak ambil berat pasal sy..ni baru bercinta, kalau kawen agaknya ape nak jadi ntah...huhuu...sakit wei!...sakit yg tak tahu ape ubatnya...benciiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!

CUTI OH CUTI

Salam...lama dh tidak mencatatkan dalam blog ku yg sunyi ini...erm...hari ni dh jumaat bermakna cuti dh nak abis...ermmm tak terasa langsung cuti seminggu...dan lebih malang lagi aku tidak berkesempatan untuk pulang bercuti di kampung...sedih memang sedih..tapi apa boleh buat..dek kerana akak ku yg sakit terpaksa juga kami sekeluarga berkampung di bintangor ni..huhu..sedih wei!...aku rela berkorban apa saja demi keluarga ku yg tercinta...

Esok sebenarnya sidia ada mengajak aku untuk berjumpa...tapi aku masih berbelah bahagi untuk berjumpa dia...sepanjang cuti seminggu ini hanya 3 kali sahaja dia menghubungi aku...mesej dan call dari aku langsung tidak di layannya...ermmm..rasa sakit hati juga...tapi pendam je...malas nak timbulkan masalah....ermmm...sekarang ni aku tengah memikirkan sama ada nak pergi jumpa dia atau pun tak...aku rasa aku tak nak pergi kot sebab dia dengan kawan2 lain juga...walaupun aku kenal tp aku rasa segan nak jumpa dorang...almaklum lh sapa lh aku ni berbanding dengan dorang tu...

Hati aku sebenarnya masih berbelah bahagi dengan dia...patut kah aku melupakan dia terus???tapi, kalau aku melupakan dia, aku yang akan rasa sakit hati nanti, namun kalau aku teruskan hubungan ini aku yang akan memendam perasaan...ya Allah berilah hamba petunjuk...bantulah hamba...aku rasa seolah-olah aku yang terhegeh2 kat dia....dia langsung tak mempedulikan aku pun...dia hanya akan menghubungi aku bila dia perlukan aku sebagai pendengar...tapi kalau aku perlukan dia, dia langsung tidak pedulikan aku....aku rasa terbeban dengan sikap dia atau semua lelaki memang berperangai macam itu?entahlh..tengoklah esok...kalau aku rajin aku akan pergi jumpa dia..kalau malas aku tak kan hubungi dia lagi....mesti kuat kali ni k zue...


Ahad, 13 Februari 2011

DUNIAWI

Ada beberapa lagi matlamat yang ingin aku capai dalam hidup aku ini...Kesemuanya berbentuk duniawi semata-mata tapi itu merupakan keperluan dan kemudahan agar aku dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih baik dan berharap agar mampu menjadi umat ALLAH yang terbaik..insyaAllah...itulah niat yang terlintas di hati kecil ini..tapi seringkali di sangkal oleh nafsu yang bermaharajalela di hati...

a) siapkan lesen & beli kereta (saga fl...itu je yang aku mampu)
b) lengkapkan rumah dengan perabot
c) membantu kedua orang tua dari segi kewangan
d) memajukan diri dengan memupuk hobi membaca utk menambah ilmu pengetahuan.
e) mencari pasangan hidup...amin...:)

Keinginan untuk memperbaiki diri

Assalammualaikum...alhamdulillah....buat masa sekarang ni..aku mempunyai banyak masa terluang dan aku merasa tenang berbanding tahun lepas masa mula2 aku menceburkan diri dalam bidang pekerjaan...mungkin sudah ada gambaran bagaimana perjalanan untuk tempoh setahun ini..syukur pada-Mu ya ALLAH....

Masa terus berjalan tanpa menunggu sesiapa. Begitu juga dengan usia kita. Bila tahun berganti maka usia juga akan bertambah. Oleh itu, pertambahan usia di harap akan dapat mematangkan pemikiran, tingkah laku dan sebagainya....

Jauh di sudut hati ini, aku ingin menjadi makhluk ALLAH yang paling baik sekali...namun acap kali aku gagal...solat kadang2 aku terlupa...tabiat lain usah di kira...mengumpat sukar sekali untuk dielakkan bila berkumpul dengan kawan2...menutup aurat hanya separuh2...nafsu seringkali bermaharajalela di hati...Bila bermuhasabah diri malam2...insaf hanya sekejap sahaja...selepas itu sikap itu akan kembali lagi...Ya ALLAH...bantulah hamba Mu ini untuk menjadi hamba-Mu yang terbaik...hati akan merasa resah bila melakukan perbuatan2 tersebut tp mengapa masih melakukan juga perbuatan tersebut??ya ALLAH bantulah hamba-Mu ini...

Aku juga mendambakan agar suatu hari nanti aku mendapat pasangan yang sentiasa berjuang di jalan-Mu ya ALLAH...supaya dia dapat membimbing hamba yang lemah ini....

Sabtu, 5 Februari 2011

cerita hati & perasaan

Assalammualaikum...entahlah...tak tau nak bercerita kt mn...aku rs baik aku catatkan kat blog aku ni yg aku dh anggap sebagai diari mayaku...emmmm..bercerita tentang topik hati & perasaan ni memang sesuatu yg sukar utuk di mengerti...hanya orang yg terlibat sahaja memahami perasaan yg dihadapi...kdg2 sesetengahnya boleh mengalami kemurungan akibat cerita tentang hati & perasaan ini...

Sekarang baru aku faham apa yg telah rakan2 aku lalui suatu ketika dahulu..dan yg lebih teruk lagi ada seorang kwn yg mengalami tahap kemurungan yg sgt teruk dan ada yg jatuh sakit sampai berminggu2..ntahlah...tak dapat nak faham...sekarang ni pun aku sendiri tak faham perasaan aku sendiri...Ya ku akui aku memang sayangkan dia..tapi aku sendiri tidak memahami sayang yg bagaimanakah aku pada dia...cuma aku rs sunyi dan rindu bila dia tidak menghubungi aku dalam ms sehari...lagipun kami memang dah berkawan lama..aku takut perasaan aku ni cuma hanya sebagai seorang teman biasa...aku dh mengenali dia terlalu lama...

Dan satu hal yg aku tak suka tentang dia ialah dia langsung tidak mahu membicarakan tentang hati & perasaan ni secara terbuka...bagi dia kami dh berkawan terlalu lama dan tidak perlukan kata2 romantik seperti mana org lain yg d lamun cinta..tapi aku perlukan semua tu untuk menguatkan perasaan aku ni..coz kdg2 aku rs seolah2 aku bukan bercinta dgn dia...dlm ms yg sama kami masih meggunakan nama panggilan biasa...yg beza hanya status kami sebagai pasangan kekasih dan tidak ada sesiapa pun yg tahu tentang perhubungan kami berdua...sgt menjerukkan perasaan aku...jumpa pulak sekali sekala sahaja dan dalam ms setahun boleh dikira dgn jari berapa kali kami berjumpa...

Ntahlah...walaupun aku tahu bercinta sebelum nikah adalah tidak elok (tidak berani menetapkan tentang hukum halal haram...heheh)...tapi aku terima juga huluran kasih dia..dan satu yg aku terkejut ialah aku dan dia sudah terlalu lama berkawan...dan aku tidak menyangka bahawa dia dalam dia menyimpan perasaan terhadap aku...pada mulanya aku menerima...dlm tempoh seminggu sahaja hubungan kami bertahan sebab aku tidak pernah bercinta dengan sesiapa pun sebelum ni..maka aku minta putus dengan dia sebab aku rs tertekan dengan perasaan aku sendiri...ms ni adalah kali pertama aku merasa perasaan suka dan cintakan seseorang..seksanya..tiap masa aku terbayangkan wajah dia sampai nak buat kerja pun aku tidak mampu kerana rindukan dia..

Setelah aku minta putus aku fikir perasaan aku akan lega...tetapi sebaliknya pula berlaku...aku terus jatuh sakit sepanjang 3 minggu cuti sekolah...dlm ms 3 minggu itu aku berusaha memujuk dia untuk menerima aku kembali...alhamdulillah aku kembali di terima olehnya...dan pada ms ini aku telah tetapkan bahawa aku tidak akan meminta putus lagi dari dia...ya sehinggalah ke hari ini saat tulisan ini di tulis hubungan aku dengan dia berjalan dgn lancar cuma berbeza dgn org lain kami tiada di selitkan kata2 rindu dan cinta...hanya biasa2 sahaja...

Sekarang ni plak hati aku makin tawar dengan dia...ntahlah...aku sendiri yg beria2 memujuk supaya aku diterima kembali tapi sekarang perasaan aku sendiri yg makin tawar..memang susah nak faham cerita hati dan perasaan ni...

Buat ms sekarang ni aku dh tetapkan dlm hati aku agar tidak terlalu memikirkan perkara itu lg(wlupun kdg2 benda tersebut hadir dgn sendiri)...aku ingin tumpukan untuk membina kehidupan yg lebih baik terutama sekali untuk kami sekeluarga..mudah-mudahan aku berjaya mengatasi masalah ini dgn baik...buat sidia..yg aku tahu aku memang cintakan mu sepenuh hatiku..tp aku tidak mahu mengharapkan apa2....mudah2an Allah pertemukan jodoh kita...dan permudahkan segala urusan kita...amin...

Isnin, 24 Januari 2011

assalammualaikum 2011

Selamat datang tahun 2011..InsyaAllah ingin aktifkan semula blog ini..mudah-mudahan diberikan kelapangan untuk menulis dan berkongsi apa2 sahaja yang berlaku dalam kehidupan ini...