Selasa, 28 Julai 2009

Hanya tinggal beberapa hari lagi aku akan pergi temuduga untuk penempatan di sekolah...entahlah...perasaan aku bercampur baur...ada rasa takut,gementar,gembira dan pelbagai perasaan lagi...

Tambahan lagi dalam minggu ni ramai sangat pelajar kolej tempat aku tinggal ni demam dan ada dikalangan mereka di syaki H1N1...aku plak kadang2 rasa macam nak demam kadang2 sihat..entahlah...aku sendiri keliru dengan keadaan kesihatan yang tak menentu ni..risau gak takut terkena demam ni...dah lah tiap2 hari aku berurusan dengan pelbagai karenah pelajar yang kadang2 boleh menyebabkan sakit kepala tahap migrain..hehheheee...

Sebenarnya apa yang ingin aku tuliskan kat sini ialah aku merasa keliru dengan diri aku sendiri...emmmm...mungkin ni boleh dikategorikan sebagai penyakit hati dan perasaan kot...hik3!...sebelum ni aku biasa mendengar tentang cerita kengkawan pasal kisah hati dan perasaan ni...sekarang aku rasa seperti mengalami perkara yang sama plak...tapi disebabkan keegoan aku yang agk tinggi..ces!..hahhahaa...aku amat sukar untuk mengakuinya...bagi aku perkara seperti ni hanyalah benda remeh-temeh yang hanya membuang masa sahaja....tapi sekarang baru padan muka aku...mungkin sebab perasaan sunyi aku kot menyebabkan baru aku menyedari perkara2 sebegitu....aku sebenarnya seorang yang happy go lucky...hehhehe..bila dah berada dalam keadaan sorang2 macam ni pelbagai perkara yang aku teringat dan terkenang...heheheeee....

aku tiba2 merasa rindu yang teramat sangat dengan seseorang....biarlah rahsia....tapi ralatnya kat sini, aku telah mengetahui yang aku tidak akan dapat memiliki dia kerana aku bukanlah jenis wanita yang dia suka...sedih yang teramat sangatkan....cuma aku boleh berpegang pada kata2 ini iaitu mencintai tak semestinya memiliki...tu je lah yang mampu mengubat hati aku....sekarang baru aku merasa deritanya bila perasaan dan cinta kita tidak diterima oleh orang yang kita inginkan...sebelum ni hanya aku yang menolak cinta orang...sekarang baru padan dengan muka aku...hehhehhehe....cuma apa yang mampu membuat aku bahagia ialah bila aku mengetahui dia juga bahagia...mungkin kita bukan ditakdirkan untuk bersama...mungkin kita hanya ditakdirkan sebagai insan yang saling mengenali di muka bumi ini...aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk mengenali mu...aku insan lemah yang tidak mampu untuk menzahirkan rasa cinta ini...dan biarlah kau tidak mengetahuinya sampai bila2 pun...itu adalah yang terbaik buat kita...andai kita ditakdirkan untuk bersama suatu hari nanti aku adalah insan yang paling bahagia...dan aku bersyukur yang teramat sangat pada Ilahi...kerana aku tahu cinta yang bakal terjalin antara kita adalah berlandaskan kasih sayang Allah s.w.t....kerana aku percaya kau mampu membimbingku ke jalan Allah...amin...namun itu hanya angan2 kosong...mampukah aku menggapai cinta dan impianku yang tinggi melangit tersebut untuk menemui cintamu dan cinta dari ALLAH S.W.T...

biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya...aku hanya percaya pada Qada dan Qadar yang telah ALLAH tetapkan untuk kita...berilah hamba kekuatan untuk menempuhinya...amin...:)

Ahad, 26 Julai 2009

rindunye kat kengkwan...

Hari ini aku keluar makan dengan kawan satu sekolah aku..kami makan di pelabuhan klang...emmm..tak lah jauh sangat dari sini...(thanks ya saleh belanja makan..hehhe)...bila keluar makan dengan kawan satu sekolah...apa lagi topik yang dibincangkan kalau bukan perangai kawan2 masa sekolah dulu..huhuuu..rindunye kat korang sumer...agak2nya bila nak jumpa korang lagi ek...

Cuma yang aku harapkan moga kengkawan sume berjaya dalam hidup masing2...kenangan bersama kalian adalah saat yang terindah dalam hidup aku..terutama dengan kawan2 yang bersama2 dengan aku sehingga sama2 masuk universiti...especially buat raziz..my friend...aku doakan moga kau berjaya dalam hidup dan berjaya menemui wanita idaman mu...(supaya aku tak pening lagi dengan perangai kamu..hehheehhee)...but u r my bestfriend in the world...walau apa pun aku takkan lupakan kenangan bersama kamu...kamulah sahabat yang sama2 susah dan sama2 senang walaupun kebanyakkannya menyakitkan hati..hehehheee...i luv u very much pren & i owez miss the moment we together...& also to all my pren...:D

Jumaat, 24 Julai 2009

Teruskan perjuangan...

Bismillahirrahmannirrahim...Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi...dengan limpah kurnia-Nya aku masih diberi kesempatan menjalani kehidupan seperti biasa..sebelum tidur aku sering berdoa semoga aku dipanjangkan usia...malahan aku sering memikirkan bagaimana nasib aku sekiranya aku tidak bangun2 dari tidur tersebut...nauzubillah...jauhilah kami dari segala kejahatan dan kemaksiatan....

semalam aku dapat surat temuduga untuk pelantikan jadi guru...alhamdulillah..akhirnya penantian 3 bulan ni hampir berakhir...namun aku menghadapi sedikit masalah...tarikh temuduga tersebut adalah pada 7hb 8 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kota Samarahan Sarawak...sedangkan aku sekarang berada di Tanjung Malim dan akan konvo pada 15hb 8....so kalau aku balik memerlukan kos yang banyak...untuk itu aku telah berusaha menghubungi pihak KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)...dua hari aku menghubungi...akhirnya hari ni baru talian dapat dihubungi...nasib aku agak baik kerana pihak KPM bersetuju untuk memindahkan tempat temuduga aku...tempat temuduga aku yang baru ialah di Pusat Kegiatan Guru Kampung Gelang Tanjung Keling Melaka bertarikh 7hb 8...

Bila masalah ini dah selesai..aku menghadapi masalah baru plak...iaitu masalah tempat tinggal...aku menghubungi keluarga angkat aku kat Melaka namun panggilan tidak berjawab...so sekarang aku meminta pertolongan kawan aku...kawan aku menawarkan supaya aku tinggal dirumah dia..tapi aku tak boleh nak terima pelawaan tersebut sebab kawan aku lelaki....nanti ape plak kata orang...tak manis la kan pompuan menumpang rumah lelaki...so aku buat keputusan minta tolong kat dia supaya dicarikan hotel sekitar tersebut...kawan aku bagitau hotel kat situ mahal...jadi dia cadangkan aku supaya bermalam kat home stay abang ipar dia..tu pun dengan harga RM70 sehari...jumlah ni agak besar bagi aku sebab aku tak keje lagi...duit pulak hanya mengharapkan dari family...tapi ape boleh buat...dah terpaksa dalam keadaan terdesak macam ni terpaksa je la...aku memujuk hati dengan alasan bahawa ini adalah kesusahan yang perlu dibayar untuk mencapai apa yang kita impikan...aku pasrah...

Cuma sekarang ni..aku dapat rasakan ada 'something wrong' pada keputusan yang aku buat...tapi biarlah..aku kena teruskan juga kerana keputusan ini bukan boleh diubah lagi...ini telah ditentukan oleh pihak KPM...tak kan lah aku nak telefon KPM balik nak suruh tukar lagi...nanti mesti pihak KPM akan marah...tak pe la...aku hanya mampu berdoa supaya tidak ada perkara buruk berlaku sepanjang aku menjalani temuduga tersebut dan aku berharap supaya semuanya berjalan dengan lancar...YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI DAN PELIHARALAH KAMI DARI KEJAHATAN DAN KEMAKSIATAN..AMIN...DOAKAN KEJAYAAN AKU UNTUK TEMUDUGA INI YA...:)

Selasa, 14 Julai 2009

rutin harian ku

Hari ni aku pegi keje cam besa...tapi hari ni aku masuk keje awal sikit dalam pukul 8.40 pagi...ceh awal..hehhehee...awal bagi aku coz aku selalu masuk keje pukul 9 pagi...besa lah aku keje sementara je sekarang ni sementara menunggu penempatan mengajar...

Tengahari rehat sejam balik makan...solat then masuk opis balik pukul 2 cam tu...petang...pukul 5 lebih habis waktu pejabat baru aku balik...solat asar...sebelum aku solat aku bukak dulu laptop kesayangan aku yang tidak seberapa ni..hehhehee...lepas solat ape lagi terpacak le aku depan laptop ni wat keje peribadi aku...ape lagi kalau bukan mencoret sepatah dua kata dalam blog aku ni...then sambil2 tu aku bukak utube search lagu2 yang aku suka....:)

Hari ni tadi banyak info gak aku dapat...kawan aku yang keje kat kpm hantar mesej ready for intview hujung bulan 7 @ awal bulan 8...then bila aku bukak ym...menyerbu kawan2 yang buzz aku..hehhehe..aku plak jarang on ym...bukan ape aku malas je...banyak info baru yang aku dapat...kawan aku yang sorang lagi dh beli keta myvi se oren...seorang lg dah beli viva...then kawan aku yang seorang lagi pening kepala pasal konvo...hai2..macam2 perangai kawan2 aku ni...hehehheee...

neway...semuanya dah berjaya dalam hidup masing2...cuma aku baru mula nak mengorak langkah menuju alam kerjaya...masih banyak perkara yang menanti aku selepas ini...sesungguhnya aku hanya mampu berdoa pada Allah S.W.T agar aku mampu untuk berdepan dengan cabaran dan dugaan hidup ini...

Ahad, 12 Julai 2009

ALHAMDULILLAH...AKHIRNYA ADIKKU DIBERI PELUANG....

Alhamdulillah...MAHA SUCI ALLAH...akhirnya adikku diberi peluang menjejakkan kaki ke menara gading..syukur sgt2... walaupun mendapat program yang tidak "SE GAH" orang lain, namun aku bersyukur kerana akhirnya adikku berjaya juga untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading...bukan program yang diikuti yang aku pentingkan kat sini...tapi aku pentingkan agar adik aku diberi peluang untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu yang boleh membuka minda dia kepada dunia luar yang penuh mencabar...aku yakin dengan peluang yang ada ini, dia akan didedahkan dengan erti sebenar kehidupan untuk berdikari....walaupun keluarga aku menghadapi masalah kewangan buat masa sekarang kerana memerlukan perbelanjaan yang tinggi disebabkan majlis konvokesyen aku bulan 8 ini yang semestinya memerlukan sejumlah wang yang banyak namun aku tetap yakinkan kedua orang tua ku supaya menghantar adikku menyambung pengajian...Alhamdulilllah..nasib baik mereka memahami maksud aku... moga semuanya berjalan lancar dan moga adikku tidak mensia-siakan peluang yang ada ini...SELAMAT MAJU JAYA ADIKKU SAYANG...AKU BERJANJI AKAN MEMBANTU MU SEBOLEH YANG AKAK MAMPU...BUAT YANG TERBAIK...JANGAN HAMPAKAN HARAPAN MAK AYAH K...SELAMAT BERGELAR MAHASISWA...:)

tema hari guru..catatan pd 6/7/09

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

~Guru, cikgu, teacher, ustaz, ustazah atau ape sje panggilan...mereka adalah insan yang pernah berjasa dalam membentuk masa depan kita secara langsung atau pun tidak...walaupun dh lama tarikh hari guru berlalu...tetapi tak salahkan aku nak ingat balik..hehhee...terima kasih kepada guru2 yang telah mendidik aku selama ini dan tidak lupa juga kepada pensyarah2 aku di UPSI~

alhamdulillah...

alhamdulillah...hari ni habis jua..hehhehee..bukan ape...maksud aku akhirnya habis juga pendaftaran pelajar yang perlu aku jaga...penat sangat sampaikan aku tertido balik td..huhuuu... so lepas ni aku hanya menghitung hari untuk konvo then aku boleh balik negeri ku yg tercinta...rindu sangat ngan mak ayah and family...miss u all..muahhhhhhh!.....mak ayah abang akak adik dan anak buah adalah segala-galanya dalam hidup aku..insyaAllah aku berjanji dengan diri ku sendiri aku akan mengutamakan kalian dalam setiap urusan hidup aku...aku berjanji akan membantu kalian...kalian adalah sumber hidup aku..tanpa kalian semua...tidak bermakna hidup aku...terima kasih mak ayah abg kakak adik dan semua family aku...nantikan kepulangan aku...muahhhhhhh!.... tak sabar nak tunggu musim raya tahun ni coz aku boleh beraya bersama ngan family aku...rindu sangat saat terindah bersama kalian semua...sememangnya aku tidak boleh hidup tanpa kalian...aku dah penat berjauhan dari kalian selama ini demi menuntut ilmu untuk masa depan kita bersama...aku berjanji tidak akan melupakan kalian semua...kalian adalah segala-galanya...love my family very very very very very much!!!!!!!

hanya ingin kau tahu...

KU TLAH MILIKI
RASA INDAHNYA PERIHKU
RASA HANCURNYA HARAPKU
KAU LEPAS CINTAKU
YANG SEAKAN ABADI
SEKALIPUN KAU MENGERTI
SEKALIPUN KAU PAHAMI
KU PIKIRKU SALAH MENGERTIMU
HO..OOO AKU
HANYA INGIN KAU TAHU
BESARNYA CINTAKU
TINGGINYA KHAYALKU BERSAMAMU
TUK LALUI
WAKTU YANG TERSISA KINI
DI SETIAP HARIKU
DI SISA AKHIR NAFAS HIDUPKU
OO..HO...O..HOO..
OO..HO...O..HOO..
WALAUPUN SEMUA
HANYA ADA DALAM MIMPIKU
HANYA ADA DALAM ANGANKU
KU LEWATI ITU
YANG SEAKAN ABADI
Ni adalah senikata lagu HANYA INGIN KAU TAHU (REPUBLIK)...emmm..kali pertama aku dengar lagu ni mendayu2...sedih plak...terus aku search dalam youtube..hehhee...akhirnya jumpa gak...
Apa yang menarik perhatian aku tentang lirik lagu ni...emmm...mcm kisah hidup aku...cuma bezanya aku tak ade penyakit kronik...ingin aku luahkan kat sini...aku hanya mampu berangankan dia dalam mimpi...emmm...betapa indahnya mimpi itu...sampaikan aku tidak mahu bangun dari tidur...ya Allah...kenapa aku mempunyai perasaan seperti ini sedangkan aku tahu aku tidak mungkin akan memilikinya kecuali dengan kuasa Mu ya Allah...cuma satu sahaja doa yang mampu aku ucapkan..jika benar dia ditakdirkan untuk ku Kau dekatkanlah hati kami berdua..dan jika dia bukan tercipta untuk ku jauhkanlah hati kami...moga kami terpelihara dalam lindungan Mu ya Allah..amin...
Aku telah tahu hakikatnya bahawa aku tidak mungkin memiliki dia..namun hatiku, pikiran ku sentiasa teringatkan dia...ya Allah apa nak jadi dengan aku ni...ini lah rintihan hati yang terpaksa aku lalui suatu saat dahulu sehingga kini...mudah-mudahan aku mampu menangani masalah ini dengan wajar...benarlah kata orang cinta itu buta...sehingga boleh membutakan mata hati dan perasaan seorang insan...perasaan ini sangat sakit untuk ditempuhi...hanya kekuatan dan kesabaran yang tinggi sahaja mampu untuk menanganinya dengan tenang apatah lagi orang yang kita impikan tu sentiasa berada dihadapan mata, sentiasa berhubung dengan kita, sentiasa berada dekat dengan kita...namun hakikat sebenarnya kita tidak mampu menggapai tangan untuk memilikinya...sakitkan perasaan itu...terpaksa hipokrit kepada diri sendiri...cuma satu yang aku harapkan agar aku diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan ini.

pendaftaran ke-2 2/7/09

Alhamdulillah...hari ni tamat pendaftaran untuk dpli(diploma perguruan lepasan ijazah)...penat gak...sama penat cam pendaftaran pelajar junior...macam2 perangai...hehhehe.. 2 hari lagi pendaftaran pelajar senior plak..abis pendaftaran ni baru boleh tarik nafas lega sikit...lepas ni aku nak rehat sepenuhnya...hahahaa..

Hari pendaftaran yg sgt memenatkan...28/6/09

Alhamdulillah...itulah gambaran yang boleh aku luahkan sekarang..lega rasanya dah abis pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010 ambilan julai ni...fuh...penat???memang sgt2 penat....dari hari jumaat sampai hari ahad...siang malam kami bertungkus lumus untuk memastikan hari pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar...tapi dalam pada tu seronok juga melihat pelbagai ragam manusia bersama dengan keluarga masing2. Bercerita suasana pada hari pendaftaran pelajar kat universiti ni...teringat masa mula2 aku masuk UPSI (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS) dulu...sedih, gembira, terharu, senang cerita semua perasaan wujud dalam diri masa tu...gembira coz dapat masuk u dan dapat menjejakkan kaki ke bumi semenanjung...ye lah..aku kan orang sarawak...hehhehee...pengalaman pertama kali naik kapal terbang...lucu gak bila teringat balik...terharu plak bila mengingatkan pengorbanan family dari segi kewangan dan sebagainya demi memastikan keperluan aku untuk ke universiti mencukupi...dah lah semuanya kene disediakan dalam masa seminggu..kelam kabut gak dibuatnya coz tak yakin pun nak dapat...tapi dah rezkikan...syukur ke hadrat ALLAH SWT yang memberi peluang ini kepada ku...ALHAMDULILLAH...Sedih plak sebab kene berpisah jauh dengan family..ni lah pertama kali aku berada jauh dari pangkuan keluarga...mujurlah aku dah biasa duduk asrama, jadi tak lah aku rasa kekok sangat...tapi tak aku nafikan memang mencabar untuk berdikari kat tempat orang lain, lebih2 lagi kat bumi semenanjung ni yang memang belum pernah aku jejak sebelum ini dan hanya aku ketahui melalui tv sahaja...macam2 dugaan yang aku hadapi pada minggu pertama kat sini....yang paling aku tak leh lupa seminggu minggu pertama aku sakit perut disebabkan aku tak biasa dengan makanan org sini (semenanjung)...akhirnya nak tak nak aku kene biasakan diri...masa tu rasa macam nak terbang balik sarawak je...tapi memandangkan pengorbanan yang telah banyak family aku bagi, maka aku terpaksa teruskan juga...emmm..akhirnya, berjaya juga aku menamatkan pengajian aku 4 tahun kat sini.so....sekarang ni aku dah tak mengalami apa2 masalah bila berada kat sini...malahan aku dah habis menjelajah bumi semenanjung ni...cuma aku masih tak berkesempatan untuk menjejakikan kaki ke kelantan...insyaAllah..kalau ade peluang aku memang teringin nak pegi kelantan..hehhehee... lepas ni pendaftaran pelajar DPLI (diploma perguruan lepasan ijazah) plak...hari khamis ni...last sekali pendaftaran pelajar senior hari ahad....

23/6/09


Hari ni aku pinjam laptop kwn utk menulis ni...rindu plak nak menulis wlu pun tiap hari aku menulis..hehhee...ape aku nak cerita ek....emmmm...nak cite psl kisah duka dalam hidup aku.... Emmm...cite psl keburukan orang memang best...tapi kita tak tau keburukan kita kat org...hehhee...setiap manusia itu ade kelemahan.... macam2 cerita duka yang berlaku dalam hidup kita seharian..sama ada kita sedari ataupun tidak....bagi aku, dari pengalaman telah mengajar aku untuk menjadi ORG YG PENTINGKAN DIRI SENDIRI...sekarang aku hanya fikirkan tentang diri aku dan family aku..kepercayaan pada org luar dah hilang 100%...even kwn rapat org sedara rapat...pengalaman yang aku lalui telah menjadikan aku manusia yang terlalu memikirkan diri sendiri..bukan sekali aku kena...dah banyak kalii...so sekarang ni aku banyak berfikir sebelum aku memberi sesuatu kepercayaan kepada orang luar...kedengaran seakan aku kejam..tapi biarlah...aku tidak kisah...aku dah penat utk berhadapan dengan perkara2 seperti ini.... Sebelum ni aku mempunyai hati yang boleh dikatakan luhur kerana aku sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yg meminta pertolongan dalam hidup aku...namun sekarang aku perlu berhati2...pengalaman telah mengajar segalanya..aku bukan SITI KHADIJAH ISTERI RASULULLAH S.A.W yang mempunyai hati yang sangat mulia untuk berhadapan dengan setiap masalah dengan tenang..aku cuba untuk ke arah itu, tapi aku tidak mampu kerana aku manusia biasa yang mempunyai perasaan dan iman yang tipis.... KENAPA AKU MENJADI SEORANG YANG SANGAT SELFISH????Jawapan yang paling tepat untuk itu adalah kerana pengalaman yang telah mengajar aku segalanya...disini aku percaya pengalaman adalah guru terbaik untuk membimbing kita dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam menjalani kehidupan seharian...bukan tidak ikhlas dalam setiap perbuatan,malahan telah diniatkan semata-mata kerana ALLAH SWT...namun kita manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan...perkara itu juga telah aku sematkan dalam minda aku,namun sekarang ia sudah tidak berkesan lagi...kalau dulu YA, aku masih lagi boleh bersabar...tapi tidak sekarang..Aku akan menempuh kehidupan aku dengan cara aku sendiri walau akan ada hati yang terluka..aku sudah terlalu penat untuk menjaga dan melayan karenah manusia di sekeliling aku yang tidak pernah menghiraukan perasaan aku...mereka seolah2 melihat aku ni manusia yang kuat yang mampu untuk menangani masalah sendirian sehingga menjadikan mereka terlalu sukar untuk menghulurkan tangan memimpin aku mengemudi masalah yang mendatang...mereka sanggup melihat aku terkapar2 sendirian...teganya mereka kan????

YA ALLAH, BERIKAN LAH HAMBA KEKUATAN UNTUK MENEMPUH CABARAN DAN DUGAAN YANG MENDATANG DENGAN HATI YANG SABAR...BERIKAN LAH KAMI KEJAYAAN DUNAI DAN AKHIRAT..AMIN.... sekadar luahan hati yang terpendam..maaf senadainya ada yang terasa...bukan tujuan untuk menyakitkan hati sesiapa...tetapi hanya sekadar meluahkan perasaan....

salam ukhuwah...

Assalmmualaikum...salam perpaduan...ini adalah blog kedua aku..sebelum ni aku ada blog gak..tapi aku dh padam coz agak susah nak edit reka letak dan nampak tak cantik..hehheh...so aku bina blog baru...tapi aku akan transfer semua catatan dalam blog lama aku ke sini...

Blog ni aku bina hanya untuk suka2...tak de maksud lain