Salam...lama dh tidak mencatatkan dalam blog ku yg sunyi ini...erm...hari ni dh jumaat bermakna cuti dh nak abis...ermmm tak terasa langsung cuti seminggu...dan lebih malang lagi aku tidak berkesempatan untuk pulang bercuti di kampung...sedih memang sedih..tapi apa boleh buat..dek kerana akak ku yg sakit terpaksa juga kami sekeluarga berkampung di bintangor ni..huhu..sedih wei!...aku rela berkorban apa saja demi keluarga ku yg tercinta...
Esok sebenarnya sidia ada mengajak aku untuk berjumpa...tapi aku masih berbelah bahagi untuk berjumpa dia...sepanjang cuti seminggu ini hanya 3 kali sahaja dia menghubungi aku...mesej dan call dari aku langsung tidak di layannya...ermmm..rasa sakit hati juga...tapi pendam je...malas nak timbulkan masalah....ermmm...sekarang ni aku tengah memikirkan sama ada nak pergi jumpa dia atau pun tak...aku rasa aku tak nak pergi kot sebab dia dengan kawan2 lain juga...walaupun aku kenal tp aku rasa segan nak jumpa dorang...almaklum lh sapa lh aku ni berbanding dengan dorang tu...
Hati aku sebenarnya masih berbelah bahagi dengan dia...patut kah aku melupakan dia terus???tapi, kalau aku melupakan dia, aku yang akan rasa sakit hati nanti, namun kalau aku teruskan hubungan ini aku yang akan memendam perasaan...ya Allah berilah hamba petunjuk...bantulah hamba...aku rasa seolah-olah aku yang terhegeh2 kat dia....dia langsung tak mempedulikan aku pun...dia hanya akan menghubungi aku bila dia perlukan aku sebagai pendengar...tapi kalau aku perlukan dia, dia langsung tidak pedulikan aku....aku rasa terbeban dengan sikap dia atau semua lelaki memang berperangai macam itu?entahlh..tengoklah esok...kalau aku rajin aku akan pergi jumpa dia..kalau malas aku tak kan hubungi dia lagi....mesti kuat kali ni k zue...
Jumaat, 18 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan