Jumaat, 24 Julai 2009

Teruskan perjuangan...

Bismillahirrahmannirrahim...Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi...dengan limpah kurnia-Nya aku masih diberi kesempatan menjalani kehidupan seperti biasa..sebelum tidur aku sering berdoa semoga aku dipanjangkan usia...malahan aku sering memikirkan bagaimana nasib aku sekiranya aku tidak bangun2 dari tidur tersebut...nauzubillah...jauhilah kami dari segala kejahatan dan kemaksiatan....

semalam aku dapat surat temuduga untuk pelantikan jadi guru...alhamdulillah..akhirnya penantian 3 bulan ni hampir berakhir...namun aku menghadapi sedikit masalah...tarikh temuduga tersebut adalah pada 7hb 8 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kota Samarahan Sarawak...sedangkan aku sekarang berada di Tanjung Malim dan akan konvo pada 15hb 8....so kalau aku balik memerlukan kos yang banyak...untuk itu aku telah berusaha menghubungi pihak KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)...dua hari aku menghubungi...akhirnya hari ni baru talian dapat dihubungi...nasib aku agak baik kerana pihak KPM bersetuju untuk memindahkan tempat temuduga aku...tempat temuduga aku yang baru ialah di Pusat Kegiatan Guru Kampung Gelang Tanjung Keling Melaka bertarikh 7hb 8...

Bila masalah ini dah selesai..aku menghadapi masalah baru plak...iaitu masalah tempat tinggal...aku menghubungi keluarga angkat aku kat Melaka namun panggilan tidak berjawab...so sekarang aku meminta pertolongan kawan aku...kawan aku menawarkan supaya aku tinggal dirumah dia..tapi aku tak boleh nak terima pelawaan tersebut sebab kawan aku lelaki....nanti ape plak kata orang...tak manis la kan pompuan menumpang rumah lelaki...so aku buat keputusan minta tolong kat dia supaya dicarikan hotel sekitar tersebut...kawan aku bagitau hotel kat situ mahal...jadi dia cadangkan aku supaya bermalam kat home stay abang ipar dia..tu pun dengan harga RM70 sehari...jumlah ni agak besar bagi aku sebab aku tak keje lagi...duit pulak hanya mengharapkan dari family...tapi ape boleh buat...dah terpaksa dalam keadaan terdesak macam ni terpaksa je la...aku memujuk hati dengan alasan bahawa ini adalah kesusahan yang perlu dibayar untuk mencapai apa yang kita impikan...aku pasrah...

Cuma sekarang ni..aku dapat rasakan ada 'something wrong' pada keputusan yang aku buat...tapi biarlah..aku kena teruskan juga kerana keputusan ini bukan boleh diubah lagi...ini telah ditentukan oleh pihak KPM...tak kan lah aku nak telefon KPM balik nak suruh tukar lagi...nanti mesti pihak KPM akan marah...tak pe la...aku hanya mampu berdoa supaya tidak ada perkara buruk berlaku sepanjang aku menjalani temuduga tersebut dan aku berharap supaya semuanya berjalan dengan lancar...YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI DAN PELIHARALAH KAMI DARI KEJAHATAN DAN KEMAKSIATAN..AMIN...DOAKAN KEJAYAAN AKU UNTUK TEMUDUGA INI YA...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan