Ahad, 12 Julai 2009
Hari pendaftaran yg sgt memenatkan...28/6/09
Alhamdulillah...itulah gambaran yang boleh aku luahkan sekarang..lega rasanya dah abis pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010 ambilan julai ni...fuh...penat???memang sgt2 penat....dari hari jumaat sampai hari ahad...siang malam kami bertungkus lumus untuk memastikan hari pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar...tapi dalam pada tu seronok juga melihat pelbagai ragam manusia bersama dengan keluarga masing2. Bercerita suasana pada hari pendaftaran pelajar kat universiti ni...teringat masa mula2 aku masuk UPSI (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS) dulu...sedih, gembira, terharu, senang cerita semua perasaan wujud dalam diri masa tu...gembira coz dapat masuk u dan dapat menjejakkan kaki ke bumi semenanjung...ye lah..aku kan orang sarawak...hehhehee...pengalaman pertama kali naik kapal terbang...lucu gak bila teringat balik...terharu plak bila mengingatkan pengorbanan family dari segi kewangan dan sebagainya demi memastikan keperluan aku untuk ke universiti mencukupi...dah lah semuanya kene disediakan dalam masa seminggu..kelam kabut gak dibuatnya coz tak yakin pun nak dapat...tapi dah rezkikan...syukur ke hadrat ALLAH SWT yang memberi peluang ini kepada ku...ALHAMDULILLAH...Sedih plak sebab kene berpisah jauh dengan family..ni lah pertama kali aku berada jauh dari pangkuan keluarga...mujurlah aku dah biasa duduk asrama, jadi tak lah aku rasa kekok sangat...tapi tak aku nafikan memang mencabar untuk berdikari kat tempat orang lain, lebih2 lagi kat bumi semenanjung ni yang memang belum pernah aku jejak sebelum ini dan hanya aku ketahui melalui tv sahaja...macam2 dugaan yang aku hadapi pada minggu pertama kat sini....yang paling aku tak leh lupa seminggu minggu pertama aku sakit perut disebabkan aku tak biasa dengan makanan org sini (semenanjung)...akhirnya nak tak nak aku kene biasakan diri...masa tu rasa macam nak terbang balik sarawak je...tapi memandangkan pengorbanan yang telah banyak family aku bagi, maka aku terpaksa teruskan juga...emmm..akhirnya, berjaya juga aku menamatkan pengajian aku 4 tahun kat sini.so....sekarang ni aku dah tak mengalami apa2 masalah bila berada kat sini...malahan aku dah habis menjelajah bumi semenanjung ni...cuma aku masih tak berkesempatan untuk menjejakikan kaki ke kelantan...insyaAllah..kalau ade peluang aku memang teringin nak pegi kelantan..hehhehee... lepas ni pendaftaran pelajar DPLI (diploma perguruan lepasan ijazah) plak...hari khamis ni...last sekali pendaftaran pelajar senior hari ahad....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan