Ahad, 12 Julai 2009

23/6/09


Hari ni aku pinjam laptop kwn utk menulis ni...rindu plak nak menulis wlu pun tiap hari aku menulis..hehhee...ape aku nak cerita ek....emmmm...nak cite psl kisah duka dalam hidup aku.... Emmm...cite psl keburukan orang memang best...tapi kita tak tau keburukan kita kat org...hehhee...setiap manusia itu ade kelemahan.... macam2 cerita duka yang berlaku dalam hidup kita seharian..sama ada kita sedari ataupun tidak....bagi aku, dari pengalaman telah mengajar aku untuk menjadi ORG YG PENTINGKAN DIRI SENDIRI...sekarang aku hanya fikirkan tentang diri aku dan family aku..kepercayaan pada org luar dah hilang 100%...even kwn rapat org sedara rapat...pengalaman yang aku lalui telah menjadikan aku manusia yang terlalu memikirkan diri sendiri..bukan sekali aku kena...dah banyak kalii...so sekarang ni aku banyak berfikir sebelum aku memberi sesuatu kepercayaan kepada orang luar...kedengaran seakan aku kejam..tapi biarlah...aku tidak kisah...aku dah penat utk berhadapan dengan perkara2 seperti ini.... Sebelum ni aku mempunyai hati yang boleh dikatakan luhur kerana aku sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yg meminta pertolongan dalam hidup aku...namun sekarang aku perlu berhati2...pengalaman telah mengajar segalanya..aku bukan SITI KHADIJAH ISTERI RASULULLAH S.A.W yang mempunyai hati yang sangat mulia untuk berhadapan dengan setiap masalah dengan tenang..aku cuba untuk ke arah itu, tapi aku tidak mampu kerana aku manusia biasa yang mempunyai perasaan dan iman yang tipis.... KENAPA AKU MENJADI SEORANG YANG SANGAT SELFISH????Jawapan yang paling tepat untuk itu adalah kerana pengalaman yang telah mengajar aku segalanya...disini aku percaya pengalaman adalah guru terbaik untuk membimbing kita dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam menjalani kehidupan seharian...bukan tidak ikhlas dalam setiap perbuatan,malahan telah diniatkan semata-mata kerana ALLAH SWT...namun kita manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan...perkara itu juga telah aku sematkan dalam minda aku,namun sekarang ia sudah tidak berkesan lagi...kalau dulu YA, aku masih lagi boleh bersabar...tapi tidak sekarang..Aku akan menempuh kehidupan aku dengan cara aku sendiri walau akan ada hati yang terluka..aku sudah terlalu penat untuk menjaga dan melayan karenah manusia di sekeliling aku yang tidak pernah menghiraukan perasaan aku...mereka seolah2 melihat aku ni manusia yang kuat yang mampu untuk menangani masalah sendirian sehingga menjadikan mereka terlalu sukar untuk menghulurkan tangan memimpin aku mengemudi masalah yang mendatang...mereka sanggup melihat aku terkapar2 sendirian...teganya mereka kan????

YA ALLAH, BERIKAN LAH HAMBA KEKUATAN UNTUK MENEMPUH CABARAN DAN DUGAAN YANG MENDATANG DENGAN HATI YANG SABAR...BERIKAN LAH KAMI KEJAYAAN DUNAI DAN AKHIRAT..AMIN.... sekadar luahan hati yang terpendam..maaf senadainya ada yang terasa...bukan tujuan untuk menyakitkan hati sesiapa...tetapi hanya sekadar meluahkan perasaan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan