Hanya tinggal beberapa hari lagi aku akan pergi temuduga untuk penempatan di sekolah...entahlah...perasaan aku bercampur baur...ada rasa takut,gementar,gembira dan pelbagai perasaan lagi...
Tambahan lagi dalam minggu ni ramai sangat pelajar kolej tempat aku tinggal ni demam dan ada dikalangan mereka di syaki H1N1...aku plak kadang2 rasa macam nak demam kadang2 sihat..entahlah...aku sendiri keliru dengan keadaan kesihatan yang tak menentu ni..risau gak takut terkena demam ni...dah lah tiap2 hari aku berurusan dengan pelbagai karenah pelajar yang kadang2 boleh menyebabkan sakit kepala tahap migrain..hehheheee...
Sebenarnya apa yang ingin aku tuliskan kat sini ialah aku merasa keliru dengan diri aku sendiri...emmmm...mungkin ni boleh dikategorikan sebagai penyakit hati dan perasaan kot...hik3!...sebelum ni aku biasa mendengar tentang cerita kengkawan pasal kisah hati dan perasaan ni...sekarang aku rasa seperti mengalami perkara yang sama plak...tapi disebabkan keegoan aku yang agk tinggi..ces!..hahhahaa...aku amat sukar untuk mengakuinya...bagi aku perkara seperti ni hanyalah benda remeh-temeh yang hanya membuang masa sahaja....tapi sekarang baru padan muka aku...mungkin sebab perasaan sunyi aku kot menyebabkan baru aku menyedari perkara2 sebegitu....aku sebenarnya seorang yang happy go lucky...hehhehe..bila dah berada dalam keadaan sorang2 macam ni pelbagai perkara yang aku teringat dan terkenang...heheheeee....
aku tiba2 merasa rindu yang teramat sangat dengan seseorang....biarlah rahsia....tapi ralatnya kat sini, aku telah mengetahui yang aku tidak akan dapat memiliki dia kerana aku bukanlah jenis wanita yang dia suka...sedih yang teramat sangatkan....cuma aku boleh berpegang pada kata2 ini iaitu mencintai tak semestinya memiliki...tu je lah yang mampu mengubat hati aku....sekarang baru aku merasa deritanya bila perasaan dan cinta kita tidak diterima oleh orang yang kita inginkan...sebelum ni hanya aku yang menolak cinta orang...sekarang baru padan dengan muka aku...hehhehhehe....cuma apa yang mampu membuat aku bahagia ialah bila aku mengetahui dia juga bahagia...mungkin kita bukan ditakdirkan untuk bersama...mungkin kita hanya ditakdirkan sebagai insan yang saling mengenali di muka bumi ini...aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk mengenali mu...aku insan lemah yang tidak mampu untuk menzahirkan rasa cinta ini...dan biarlah kau tidak mengetahuinya sampai bila2 pun...itu adalah yang terbaik buat kita...andai kita ditakdirkan untuk bersama suatu hari nanti aku adalah insan yang paling bahagia...dan aku bersyukur yang teramat sangat pada Ilahi...kerana aku tahu cinta yang bakal terjalin antara kita adalah berlandaskan kasih sayang Allah s.w.t....kerana aku percaya kau mampu membimbingku ke jalan Allah...amin...namun itu hanya angan2 kosong...mampukah aku menggapai cinta dan impianku yang tinggi melangit tersebut untuk menemui cintamu dan cinta dari ALLAH S.W.T...
biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya...aku hanya percaya pada Qada dan Qadar yang telah ALLAH tetapkan untuk kita...berilah hamba kekuatan untuk menempuhinya...amin...:)
Selasa, 28 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan